Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada Pengawas Pusat
Sumber Sesi 2017 melalui satu majlis penyampaian sijil dan jamuan.
Monday, September 11, 2017
Tuesday, August 22, 2017
Monday, August 21, 2017
Tuesday, July 25, 2017
LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2017
PETIKAN DARI UTUSAN ONLINE
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pemilihan tema itu bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.
“Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di sini hari ini.
Menurut Salleh, sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini manakala Hari Malaysia pula pada 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.
Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.
“Sambutan Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka namun, kita akan membawa konsep Stadium Merdeka di situ untuk mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada 1957.
“Malah, setiap susun atur kedudukan juga akan dibuat sama seperti di stadium termasuk skrin gergasi yang akan diletakkan disekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)