Monday, April 2, 2018

MINGGU PUSAT SUMBER, MINGGU KO AKADEMIK - MINGGU BAHASA, MINGGU SAINS DAN MATEMATIK, KEM MEMBACA 1MALAYSIA DAN JOM BACA 10 MINIT



PENGENALAN

Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Perpustakaan salah satu daripada cabang unit yang membentuk Pusat Sumber. Oleh itu, murid-murid perlu mengenali dan sentiasa mendampingi Pusat Sumber.

Minggu Pusat Sumber, Minggu Bahasa, Minggu Matematik, Minggu Sains serta Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) diadakan bagi memupuk minat membaca dan menimba ilmu bagi pelajar. Program seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Pertandingan Teka Silangkata, Bicara Buku, Pertandingan Sajak, Quiz & Word Search, Break the Code, Mystery Words, Newspaper in Education, Public Speaking, Info Hunt dan Pertandingan Papan Fizik.
Oleh itu, maklumat yang diperolehi oleh pelajar akan menyebabkan Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Sri Istana ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai fungsi Pusat Sumber.


RASIONAL
 
Melahirkan pelajar yang gemar membaca dan cintakan ilmu pengetahuan.


TEMA
 
Amalan Membaca Pemangkin Kecemerlangan


OBJEKTIF
 
Objektif program ini diadakan adalah bertujuan:
 1. Meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar dan menggalakkan meraka menjadikan 
     membaca itu satu budaya.
2. Menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar.
3. Meningkatkan kesedaran pelajar bahawa ilmu pengetahuan bukan sahaja boleh diperolehi  
    daripada hasil pembacaan malah daripada aktiviti lain seperti Pertandingan Teka Silangkata,  
    Bicara  Buku, Pertandingan Sajak, Quiz & Word Search, Break the Code, Mystery Words, 
    Newspaper in Education, Public Speaking, Info Hunt dan Pertandingan Papan Fizik.


SASARAN
Semua pelajar kolej.

TARIKH
9 hingga 13 April 2018.

MASA
7.30 pagi hingga 4.30 petang

TEMPAT
Pusat Sumber dan Persekitaran Kolej

 AKTIVITI
  • Pertandingan Teka Silangkata
  • Bicara Buku
  • Pertandingan Sajak
  • Quiz & Word Search
  • Break the Code
  • Mystery Words
  • Newspaper in Education
  • Public Speaking
  • Info Hunt
  • Pertandingan Papan Fizik