Pusat Sumber (PS) memainkan peranan
penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia
berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber
|
Menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia, PS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke
arah P&P yang berkesan. Ia
perlu menjadi ‘centre of action’, ‘centre of learning’ dan ‘centre of
consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia
memainkan peranan utama sebagai
agen perubahan ke arah rakyat
yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya
perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja
bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.
|
Walau bagaimanapun,
tahap penggunaan PS di kalangan guru-guru dan para pelajar masih belum mencapai tahap optimum.
Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar
PS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi
sekolah tercapai.
|
Tuesday, January 31, 2017
LATAR BELAKANG PS KTESI
Sunday, January 29, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)